Monday, 30 November 2015

Kita yang merasai




Hahahah! ingatkah lagi gambar ini? dan yang pasti sejarahnya kenapa gambar ini diolehmu sebegitu rupa? Hanya untuk menutup kera di belakang!

Hey, jom kita tukar mood.
Melihat foto ini tiba-tiba sahaja melankolikku hilang .. geli perut mengundang, mengingatkan bengangnya kita pada si polan perosak foto hahahahaha!

Jomlah kita bertemu dalam masa terdekat. Otak terlalu sarat dengan kusutnya fikir - lalu dengan harapan pertemuan kita bisa merungkai bengkak-bengkak di kepala. Aku rindukan masa hilai kita sahabat. Entah, perasaan itu tidak aku rasai apabila bertemu sahabat2 lain di fakulti misalnya. Ternyata, sahabat lama tetap ada tempat yang istimewa dalam diri!

Hujan lebat mula melanda tanah Binjai.
Kak Ziku khabarnya sudah bersiap siaga mengemas rumah yang yang satu lagi sebagai pangkalan untuk berpindah jika keadaan memaksa kelak. Kasihan orang Binjai dan Kemaman. Setiap tahun perasaan bimbang akan kehadiran bah berulang sentiasa menghantui. Syukurlah juga Batu 4 dan Batu 5 sentiasa terselamat - mudah2an keadaan itu kekal selamanya ye sahabat!

Aku rindukan Binjai, sesungguhnya.
Rindu sekali mengenang saat2 indah kala usia bocah. Uh, sudah berapa juta kali kita ulang hal ini. Tidak jemu sesekali, malah!

Eh, aku terlupa ada janji dengan pelajar.
Permisi dulu!


1 comment:

  1. Aduhhhh, memang geram dengan budak cashier tuuu. Tak adab sungguh anak muda hari ini kebanyakannya. Tak tahu nak menghormati orang. Huh. Mudah-mudahan anak muda terpelajar tidak melakukan demikian rupa.
    Besar juga tanggungjawab kita dalam mendidik ni sahabat. Allah, berikan kami kekuataan dan semangat nan padu.

    ReplyDelete