Limpah kurnia dan rezeki bukan setakat tergantung pada isu harta, pangkat dan kedudukan. Namun, nikmat sebenar dalam hidup adalah memilik insan-insan penuh cinta dan sayang di sekeliling kita. Pengalaman bersama manusia-manusia hebat dan berimpak kepada transisi diri sebagai hamba merupakan satu ingatan yang sukar dipadamkan. Apatah lagi kebersamaan itu sentiasa ada di atas izin-Nya jua.
Sahabat,
Persahabatan kita terlalu lama usianya. Dalam tempoh yang panjang itu, cukup memberi bekal padu dalam garapan erti silaturahim kerana-Nya.
Mudah-mudahan sahaja SDS menjadi satu realiti. Aku masih buntu untuk menyusun kata, meski kepala sarat jua dengan momen-momen untuk dikisahkan.
Ayuh, kita menulis. Di sini, sebagai permulaan momentum :)

ya, mudah-mudahan catatan di blog ini menjadi tanda permulaan yang membahagiakan untuk kita merealisasikan perancangan menjadi kenyataan.
ReplyDeleteRabb, moga Surat Dua Sahabat, mohon kami sentiasa dalam rimbunan kasih-sayang-Mu!